Kembara Salam Travel & Tours

Pakej Golden Umrah

(9 votes)
Maklumat Pakej
  • Pakej: GOLDEN UMRAH
  • Lokasi: Hotel Dar Al-Ghufran Safwa atau setaraf (5 bintang) 50m dari Masjidilharam, Makkah, Hotel Zowar International 3* setaraf 180 m dari Masjid Nabawi, Madinah
  • Tempoh: 12 Days 10 Nights
  • Harga Dari: RM7690/pax
  • Tarikh: 19 JAN 2022, 09 FEB 2022, 23 FEB 2022, 27 FEB 2022, 09 MAC 2022, 10 AUG 2022, 20 AUG 2022, 07 SEP 2022, 28 SEP 2022, 05 OCT 2022, 17 OCT 2022, 8 NOV 2022, 16 NOV 2022, 28 NOV 2022, 30 NOV 2022, 03 DEC 2022, 07 DEC 2022
0 comments
Itinerary

 

Hotel Dar Al-Ghufran Safwa atau setaraf (5 bintang) 50m dari Masjidilharam, Makkah,
Hotel Zowar International 3* setaraf 180 m dari Masjid Nabawi, Madinah

 
SAUDI AIRLINES (KUL/MED - JED/KUL)
TARIKH BERLEPAS DOUBLE TRIPLE QUAD
 19 JAN 2022 RM8,590 RM8,090 RM7,690
09 FEB 2022 RM8,590  RM8,090 RM7,690
23 FEB 2022 RM8,590  RM8,090  RM7,690 
27 FEB 2022 RM8,590 RM8,090  RM7,690 
09 MAC 2022 RM8,590  RM8,090  RM7,690 
10 AUG 2022 RM8,590  RM8,090  RM7,690 
20 AUG 2022 RM8,590  RM8,090  RM7,690 
07 SEP 2022 RM8,590  RM8,090  RM7,690 
28 SEP 2022 RM8,590  RM8,090  RM7,690
05 OCT 2022 RM8,590  RM8,090  RM7,690 
17 OCT 2022 RM8,590  RM8,090  RM7,690 
8 NOV 2022 RM8,590  RM8,090  RM7,690 
16 NOV 2022 RM8,590  RM8,090  RM7,690 
28 NOV 2022 RM8,590  RM8,090  RM7,690 
30 NOV 2022 RM8,590  RM8,090  RM7,690 
03 DEC 2022 RM9,550   -
07 DEC 2022 RM9,550   -

 

 

 

 

Perjalanan 12 Hari 10 Malam

HARI 01

- Taklimat ringkas dari wakil pegawai
- Berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur
- Pemeriksaan Imigresen & Kastam di Lapangan Terbang Madinah/Jeddah. Jemaah disambut oleh petugas di lapangan terbang.
- Seterusnya Jemaah dibawa dengan bas ke hotel di Madinah.
- Jemaah disambut oleh petugas di hotel dan menerima kunci bilik masing-masing.

HARI 02

- 7.00 pagi, berkumpul di lobi hotel.
- Sesi Ziarah di sekitar Masjid An Nabawi
- 8.00 malam, ziarah Raudhah (wanita)

HARI 03

- 7.00 pagi, ziarah Madinah
- Masjid Quba’/ Ladang Tamar/ Masjid Tujuh (Khandak)/ Masjid Qiblatain (Dua Kiblat)/ Jabal ‘Ainain (Uhud)

HARI 04

- Akitiviti bebas

HARI 05

- 4.30 petang, taklimat perjalanan ke Makkah & Kursus Umrah
- Aktiviti bebas.

HARI 06

- 10.00 pagi, beg dikumpulkan di lobi hotel
- Solat Zuhur & Asar (Jamak Tamam)
- 2.00 petang, bergerak ke Makkah dan bermiqat di Bir’ Ali
- 8.00 malam, daftar masuk hotel
- Menyempurnakan Ibadah Umrah (tertakluk kepada jadual yang telah ditetapkan)

HARI 07

- Aktiviti bebas

HARI 08

- 7.00 pagi, berkumpul di Lobi Hotel
- Sesi ziarah di sekitar Makkah (Masyair Haji)

HARI 09

- Aktiviti bebas.

HARI 10

- Aktiviti bebas
- 4.30 petang, taklimat pulang ke Malaysia

HARI 11

- Beg dikumpulkan di Lobi Hotel
- Tawaf Wida’ (tertakluk kepada kebenaran)
- Daftar keluar hotel
- Bertolak ke Lapangan Terbang Jeddah
- Daftar masuk bagasi
- Pemeriksaan Imigresen & Kastam
- Berlepas ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur

HARI 12

- Dijangka tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur

 

* Harga, tarikh perlepasan dan jadual perjalanan yang tertera tertakluk pada perubahan
* Pihak KEMBARA SALAM TRAVEL & TOURS SDN BHD berhak meminda tarikh perlepasan, jenis pesawat dan
* Peserta hendaklah membuat pembayaran penuh 45 hari sebelum tarikh berlepas.
* Sila rujuk kepada pihak kami sebelum membuat sebarang pembelian tiket domestik.
* Passport antarabangsa perlu sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh sampai ke Malaysia.
* Kembara Salam menandatangani MOU kerjasama Umrah Bersama PDC Travel. Jadi, Jemaah boleh menghantar

 

Pakej Termasuk

 

- Tiket penerbangan pergi & balik kelas ekonomi
- Penginapan hotel seperti dinyatakan atau setaraf.
- Visa umrah termasuk insuran (Termasuk Covid19)
- Bas berhawa dingin
- Set bagasi
- Perlindungan insuran termasuk akibat Covid 19 (Hospitalisation akibat Covid hingga SAR650,000.
- Kos kuarantin hingga SAR450 sehari, maksima 14 hari)
- Medic Pilgrim Card (Pembiayaan perubatan se- hingga SAR10,000)
- Kursus Umrah percuma
- Mutawwif/Ketua Rombongan sepenuh masa untuk kumpulan 20 jemaah ke atas
- Ziarah Makkah & Madinah (Tertakluk kepada kelulusan & SOP oleh Kerajaan Saudi)
- PCR Test di Saudi bernilai SAR200
- Air Zam Zam 5 liter untuk setiap jemaah (Tertakluk kepada SOP Arab Saudi)

 

Pakej tidak termasuk

 

- Insuran peribadi (digalakkan)
- Kos PCR Test di Malaysia
- Kos hospital di Saudi jika perlindungan insuran yang disediakan tidak mencukupi
- Kos kuarantin di Malaysia jika berkenaan
- Penggunaan peribadi dihotel
- Mana-mana perkara selain daripada yang dinyatakan diatas.

 

Terma dan Syarat

 

TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN

 

1. Deposit dan Pembayaran Penuh

1.1   Deposit minimum sebanyak RM1,000 mesti dibayar untuk pengesahan penempahan.

1.2   Bakinya atau bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 45 hari sebelum tarikh keberangkatan. Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucuthakan deposit.

 

2. Pembatalan dan Caj Pembatalan

2.1   Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM100.00 atau 2% dari harga pakej (mana yang lebih tinggi) untuk seorang akan dikenakan.

2.2   Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:

HARI PEMBATALAN DITERIMA (sebelum tarikh berlepas)  CAJ PEMBATALAN (%) 
22 – 44 hari bekerja Lucut deposit minima
15 – 21 hari bekerja 35
8 – 14 hari bekerja 50
3 – 7 hari bekerja 75
2 hari bekerja 100

 

2.3   Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 2.2 (Catatan: Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat syarikat penerbangan. la mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung). *perlucuthakan - kehilangan hak deposit

 

3. Pembatalan Oleh Syarikat

3.1.   Syarikat berhak membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.

3.2.   Syarikat akan mencadangkan pakej umrah tersebut ditunda kepada suatu tarikh dan masa yang sesuai. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima cadangan itu, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada penumpang selepas ditolak semua kos yang telah dibayar oleh syarikat seperti tiket penerbangan dan tempahan hotel serta yuran pentadbiran sebanyak RM300.

3.3   Pemulangan harga tiket penerbangan adalah tertakluk kepada polisi syarikat penerbangan

3.4   Pemulangan tempahan hotel adalah tertakluk kepada polisi hotel berkenaan.

3.5   Jika keadaan memerlukan syarikat membatalkan pakej disebabkan oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti yang berikut :

TARIKH PEMBATALAN DITERIMA  CAJ PEMBATALAN 
 8 – 14 hari bekerja  Bayaran balik penuh harga pakej dan pampasan RM50
 1 – 7 hari bekerja  Bayaran balik penuh harga pakej dan pampasan RM75
 Pada hari pelepasan  Bayaran balik penuh harga pakej dan pampasan RM100

 

 

4. Maklumat Pakej dan Harga

(a)   Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat pakej dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat ia mernberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.

(b)   Syarikat berwaad bahawa perkara-perkara yang berikut dimasukkan ke dalam tambang pelancongan:

I. Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk semua cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai yang terpakai.

II. Penginapan hotel, berdasarkan berkongsi bilik (dua orang sebilik, tiga orang sebilik, empat orang sebilik) berdasarkan pakej bilik yang ditawarkan ;

III. Tambahan seorang (orang yang menginap bersendirian – orang itu hendaklah membayar tambahan seorang);

(c)   Tambang pelancongan kanak-kanak sebagaimana yang diiklankan adalah berdasarkan kanak-kanak yang berumur 2 tahun tetapi tidak melebihi 12 tahun, yang berkongsi bilik dengan orang dewasa.

(d)   Semua makanan, ziarah dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.

(e)   Semua perjalanan darat adalah berdasarkan tempat duduk dalam kenderaan seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

(f)   Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tambang pelancongan ialah:

I. Dobi;

II. Penggunaan telefon hotel untuk kegunaan peribadi .

III. Makanan dan minuman didalam perjalanan dan yang tidak dinyatakan didalam pakej;

IV. Lawatan pilihan;

V. Upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel; dan

VI. Semua perkara persendirian.

VII. Semua perkara yang tidak dinyatakan didalam pakej umrah

 

5. Bayaran Balik Untuk Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan

Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana jemaah berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan ziarah, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam harga pakej tetapi tidak digunakan oleh jemaah atas sebab peribadi.

 

6. Bagasi

Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnya mungkin berbeza antara satu syari- kat kapal terbang dengan yang lain atau antara satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati penumpang tentang syarat-syarat itu. Penumpang dikehendaki membeli pelindungan insurans yang mencukupi.

 

7. Kemungkinan Pertukaran

Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan jadual lawatan, hotel dan Ialuan diubah. Jika ini berla- ku, syarikat akan membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.

 

8. Hak Untuk Menolak Penempahan

Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan seseorang menjadi Jemaah umrah sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pakej umrah itu. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana peserta menyertai pakej itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada jemaah itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan - perkhidmatan dan - pembatalan.

 

9. Tanggungjawab Syarikat

Syarikat dan ejen bersekutunya akan bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, dan makanan, sebagaimana yang telah dinyatakan didalam brosur.

 

10. Insurans Perjalanan

Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.

 

NOTA PENTING

**Semua peraturan diatas adalah tertakluk kepada perubahan dari Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi. Jemaah akan sentiasa dimaklumkan jika ada sebarang perkembangan terbaru.

 

KRITERIA DAN GARIS PANDUAN JEMAAH

1. Jemaah mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.

2. Jemaah wajib lengkap 2 dos vaksin samada dari Pfizer, Astrazeneca, Johnson&Johnson, atau Moderna. Penerima vaksin Sinovac diwajibkan untuk mengambil booster berdasarkan 4 vaksin yang diluluskan oleh Kerajaan Arab Saudi diatas.

3. Memandangkan situasi SOP agak ketat, syarikat tidak mengalakkan Jemaah yang menghidapi penyakit kronik untuk mengerjakan umrah.

4. Bagi jemaah OKU sihat, boleh mengerjakan umrah dengan syarat ada pembantu.

5. Jemaah yang masih menerima rawatan dialisis tidak akan diterima untuk mengikuti program umrah.

6. Jemaah wajib mempunyai telefon pintar bagi memudahkan pergerakan ketika berada di tanah suci.

Wajib muat turun aplikasi EATMARNA & TAWAKKALNA

Wajib membeli simkad nombor Saudi setibanya di Makkah/Madinah

7. Jemaah haruslah bersedia menghadapi sebarang risiko atau perubahan SOP semasa ketika berada di Tanah Suci

8. Umrah hanya dibenarkan SEKALI sahaja dalam satu perjalanan.

Visa Umrah – Slot umrah akan ditempah oleh muassasah bagi pihak Jemaah

Visa pelancong – Slot umrah ditempah oleh jemaah sendiri melalui aplikasi Eatmarna

Kegagalan Jemaah mengikuti jadual tempahan yang telah ditetapkan adalah atas risiko Jemaah sendiri. Jika berlaku, berkemungkinan Jemaah tidak berpeluang untuk melakukan ibadah umrah kerana hanya SATU kali um- rah dibenarkan dalam tempoh 14 hari.

9. Solat di Masjid Nabawi tidak perlu tempahan 10.Ziarah Raudhah perlu tempahan

11. Solat di Masjidil Haram perlu membuat tempahan terlebih dahulu melalui apps Eatmarna (tertakluk kepada perubahan SOP Kerajaan Arab Saudi)

12. Jemaah diwajibkan menghadiri kursus anjuran syarikat sebanyak 2 kali:

Kursus umrah

Kursus persediaan umrah (online/offline)

13. Jemaah wajib mengikut jadual perjalanan yang disediakan oleh pihak kami.Jika Jemaah keluar dai kumpulan, itu adalah atas tanggungjawab sendiri.

 

UJIAN PCR COVID-19

1. Jemaah diwajibkan mengambil ujian PCR Covid-19 sebelum pergi dan sebelum balik.

2. Kos ujian PCR Covid-19 ditanggung sendiri oleh Jemaah.

3. Keputusan ujian PCR Covid-19 mesti NEGATIF.

4. Ujian PCR Covid-19 perlu dilakukan 72 jam sebelum tarikh dan waktu berlepas

Jka didapati positif, jemaah akan terkeluar daripada kumpulan dan tidak dibenarkan berangkat. Jika berlaku kes positif di Malaysia, syarikat akan membantu berdasarkan terma dan syarat pihak terbabit seperti syarikat penerbangan, hotel dan muassasah(berkaitan visa)

Jika positif sewaktu di Saudi jemaah akan dikuarantin berdasarkan SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Saudi.

5. Semua polisi pembatalan akibat ujian PCR adalah tertakluk kepada terma syarikat penerbangan, terma hotel, terma pengangk utan dan lain-lain pembekal perkhidmatan.

 

INSURAN DAN KUARANTIN DI SAUDI (JIKA BERKENAAN)

1. Tiada kuarantin wajib di Saudi sewaktu ketibaan. (Tertakluk kepada perubahan polisi Kerajaan Arab Saudi)

2. Semua jemaah dilindungi oleh insuran Covid-19 sewaktu di Saudi.

3. Maksima kos kuarantin yang dilindungi berdasarkan polisi insuran adalah SAR450 sehari termasuk makan tertakluk kepada maksimum 14 hari. Sebarang tambahan adalah diatas tanggungjawab Jemaah sendiri

4. Jika jemaah dimasukkan ke hospital disebabkan Covid-19, jemaah akan dilindungi oleh insuran Covid- 19 yang telah disediakan. Nilai maksimum perlindungan adalah SAR650,000.00. Jika melebihi had yang dilindungi ianya adalah dibawah tanggungjawab Jemaah

 

SOP PERLAKSANAAN IBADAH UMRAH

1. Jemaah wajib mengikut masa di dalam jadual perjalanan yang disediakan oleh pihak kami.

2. Jika jemaah gagal mematuhi jadual, Kembara Salam Travel & Tours tidak bertanggungjawab sekiranya jemaah terlepas melaksanakan ibadah umrah yang sudah ditempah.

3. Jemaah perlu bersedia melakukan ibadah umrah secara berasingan terpisah dari kumpulan dan bimbingan

 

SOP KETIBAAN DI MALAYSIA 

1. Jemaah diwajibkan kuarantin 14 hari sebaik ketibaan (Tertakluk kepada perubahan SOP Kerajaan Malaysia)

2. Jemaah boleh memohon untuk kuarantin dirumah melalui portal yang telah disediakan oleh Kementerian

Kesihatan dalam tempoh 7 – 10 hari sebelum ketibaan di Malaysia. Kelulusan permohonan adalah hak mutlak KKM (Syarikat akan membantu jemaah membuat permohonan)

 

**Semua terma dan syarat diatas adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

 

 

Cara Pembayaran

 

Semua pembayaran mestilah dibuat secara tunai/bank-in (transfer)*/cek* Kepada :
KEMBARA SALAM TRAVEL & TOURS SDN BHD
Maybank
5622 - 1821 – 2524
* Setiap pembayaran hendaklah disertakan dengan bukti pembayaran untuk pengesahan
* Pembayaran melalui cek hendaklah dibuat atas KEMBARA SALAM TRAVEL & TOURS SDN BHD